Cerita Cinta Yang Paling Sedih Dan Menyayat Hati
Cerita Cinta Yang Paling Sedih Dan Menyayat Hati (Sediakan Baldi) | Harini Dr Fuh nak share satu kisah cinta yang
berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Tiga kali Dr Fuh baca,
empat kali Dr Fuh menangis :’( Sapa rasa hati dia mudah tersentuh dan
jenis tak tahan sebak baik jangan baca, kalau nak baca jugak make sure
baca sorang-sorang. Kisahnya begini…
Cerita Cinta Yang Paling Sedih
Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya
itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah
lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan
urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.”
Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat
kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya
nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan
minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin
seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal
minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok
kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad
masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad
supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk
memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan
gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak?
Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal
emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis
semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam
tu? Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka
dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak
berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja
macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
Dr Fuh – Wakakaka. Actually Dr Fuh pon
terkena jugak. Jangan amek hati ye. Sekadar untuk suka-suka. Asyik post
kisah serius je kan. Hehehe. Moral of the story – Janganlah tidur
selepas watu Asar. Inilah padahnya. Hahaha